tg-me.com/IsLamiLmuAmaL/47616
Last Update:
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
꧁💚️꧂💙﷽💙꧁💚️꧂
MATI MENGEJUT
Kematian mengejut antara tanda-tanda hampirnya berlaku kiamat. Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya di antara tanda-tanda hari kiamat adalah…munculnya kematian mengejut.”
(Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Saghir - 1132)
Daripada Aisyah, beliau berkata: Aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan kematian mengejut. Lalu Baginda bersabda maksudnya: “(Mati mengejut) adalah suatu kesenangan bagi seorang Mukmin dan penyesalan bagi orang derhaka.”
(Riwayat Imam Ahmad - 25556)
Turut disebut di dalam kitab Fath al-Bari, sebahagian daripada ulama salaf tidak menyukai kematian yang datang secara mengejut. Hal itu kerana dibimbangi kematian mengejut tidak memberi kesempatan bagi seseorang untuk meninggalkan wasiat dan juga mempersiapkan diri untuk bertaubat serta melakukan amal soleh.
꧁💚️꧂💙﷽💙꧁💚️꧂
🎀🌹❁༻✾🌸✾༺❁🌹🎀
http://Telegram.me/es/﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ/com.IsLamiLmuAmaL
BY ﷽ ɱµƭเαɾα เɱαɳ💎
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 283
Share with your friend now:
tg-me.com/IsLamiLmuAmaL/47616